suria

Wow! Kenali bintang bola sepak bergelar Top Model terkenal dunia

Messi merupakan top model fesyen Dolce & Gabbana.

MEMILIKI jutaan peminat di seluruh dunia, jadi tidak hairanlah pemain bola sepak dunia mampu melebarkan bakat bukan sahaja di padang, sebaliknya di pentas peragaan.

Status sebagai pemain bintang, sudah tentunya peluang untuk mencipta nama di bidang berbeza lebih luas, ditambah pula dengan adanya rupa dan gaya.

Minggu ini kita kenali siapa pemain-pemain bola sepak antarabangsa yang berjaya mencipta nama sebagai model jenama terkenal dunia.

Jika sebelum ini bintang Juventus, Cristiano Ronaldo lebih sinonim sebagai model jenamanya sendiri, hakikatnya ramai lagi pemain yang telah tersenarai sebagai model terkemuka tanpa disedari peminat-peminat bola sepak dunia.

Jom kenali tujuh pemain bola sepak terkemuka yang gah di pentas modeling;

7. Oscar dos Santos Emboaba Junior

Oscar pernah bergelar model pada tahun 2014.


Bekas pemain antarabangsa Brazil ini kini beraksi bersama kelab Shanghai SIPG. Wajah kacaknya pada usia 28 tahun ini menjadi pilihan untuk menggayakan salah satu koleksi jenama fesyen terkenal, Calvin Klien.

6.Fredrik Ljungberg

Ljungberg antara pemain yang pernah mengungguli pentas peragawan sebelum ini.


Bekas pemain Sweden ini pernah bergelar model Calvin Klien ketika mencipta nama bersama Arsenal 1998-2007.

Ljungberg kini berusia 42 tahun meneruskan minatnya dalam bola sepak sebagai jurulatih Bawah 16 Tahun Arsenal.

5. Cristiano Ronaldo

Ronaldo mempunyai jenama pakaian sendiri.

Pemenang lima kali anugerah Ballon d’Or ini merupakan pemain yang digilai ramai peminat wanita di seluruh dunia.

Manakala obsesnya menjadi bentuk fizikal antara faktor jenama pakaian terkenal, Armani memilihnya sebagai model sebelum penyerang Juventus berusia 34 tahun ini mengeluarkan pakaian dalam eksklusif jenamanya sendiri, CR7.

4. David Beckham

Beckham dianggap ikon fesyen pemain bola sepak.


Beckham, 44, bukan sahaja dikenali sebagai pemain bergaya di padang dengan beberapa fesyen rambutnya sebelum ini dan seterusnya dipilih sebagai model pakaian dalam lelaki Emporior Armani pada 2007.

Bekas kapten England serta Manchester United dan beberapa kelab terkemuka lain ini merupakan model seluar dalam terkenal sepanjang masa.

3. Zlatan Ibrahimovic

Ibrahimovic antara pemain yang pernah bergelar model untuk jenama pakaian terkenal.


Lima tahun lalu, Ibrahimovic antara tiga pemain terbaik dunia berada di belakang Lionel Messi dan Ronaldo. Disebalik tumpuannya di atas padang, bekas pemain Sweden ini merupakan model terkenal.

Dengan fizikalnya yang tinggi serta berwajah kacak, tidak hairanlah bekas pemain Paris Saint-Germain (PSG) ini antara pilihan utama jenama pakaian terkenal, Dolce & Gabbana. Penyerang berusia 38 tahun ini kini beraksi bersama LA Galaxy. 

2.Didier Drogba

Drogba antara pemain terbaik benua Afrika.


Drogba,41, antara penyerang yang selalu menjadi sebutan dalam Liga Perdana Inggeris sebelum ini.

Dengan kemahiran yang dimilikinya, dia dilabelkan sebagai pemain paling berjaya ketika menyarung jersi Chelsea, malah bergelar pemain benua Afrika terbaik sepanjang masa.

Ketika bersama Marseille (2003-2004) Drogba dipilih untuk menggayakan seluar dalam dan pakaian mandi bagi jenama HOM. Kini biarpun sudah bersara, nama Drogba masih menjadi sebutan.

1. Lionel Messi

Messi antara pemain bergelar model paling top.


Nama Messi dalam dunia bola sepak memang tidak perlu diperkenalkan lagi berikutan penyerang Argentina dan Barcelona ini telah menjulang pelbagai trofi untuk kelabnya.

Malah penyerang berusia 32 tahun ini merupakan pemain paling mahal di dunia dengan pendapatan 112.3 juta euro (RM524 juta).

Lebih menarik bapa kepada dua orang anak ini merupakan Top Model bagi jenama fesyen terkenal, Dolce & Gabbana.

Artikel Lain