suria

Glamor! Kenali bintang bola sepak Malaysia kahwin artis, selebriti kekal hingga kini... yang ke-9 bakal ‘join the club’!

Zakuan dan Izham antara pemain bola sepak yang mengakhiri zaman bujang mereka dengan mengahwini artis tanah air. Foto kredit: Instagram

BOLA sepak dan artis memang tidak boleh dipisahkan sejak dahulu lagi.

Mungkin ada juga atlet negara berkahwin dengan selebriti atau artis, namun pemain bola sepak lebih mencuri tumpuan peminat sukan tanah air. 

Ia bukanlah senario baharu apabila melihat hubungan rapat pemain bola sepak dengan artis dan selebriti.

Sejak tahun 90-an lagi sudah ada ikatan perkahwinan antara pemain bola sepak dengan artis.

Antara pemain bola sepak kebangsaan yang berkahwin dengan artis yang masih kekal sehingga kini adalah:

1. Zakuan Adha Abd Radzak 

Zakuan bersama Ayu. Foto kredit: Zakuan Adha

Zakuan mengahwini adik kepada pelakon Rozita Che Wan, iaitu Ayu Raudhah. Penyerang Harimau Malaya ini merupakan antara pemain yang paling ramai peminat wanita sejak awal bergelar pemain profesional bersama Negeri Sembilan. Kini pemain berusia 32 tahun ini masih menjadi berbisa bersama pasukan Kedah.

2. Izham Tarmizi Roslan

Merupakan penjaga gol Johor Darul Ta’zim dan antara penjaga gawang penting bagi skuad kebangsaan. Izham,28, menamatkan zaman bujangnya dengan mengahwini artis, Mia Ahmad atau nama penuhya Shamiha Ahmad Baderi dalam satu majlis istimewa Januari tahun 2018. Mereka kini mempunyai seorang cahaya mata lelaki.

3. Subadron Abdul Aziz

Subadron dan Salwa.

Bekas pemain kebangsaan ini pernah menjadi tumpuan media apabila menikahi penyanyi terkenal tanah air satu ketika dahulu, Salwa Abdul Rahman. Pasangan ini sehingga kini masih kelihatan romantik selepas lebih 27 tahun mendirikan rumah tangga dengan dikurniakan dua orang anak perempuan. Walaupun bukan lagi bergelar pemain, Subadron,53, masih aktif dalam bola sepak dengan menubuhkan akademi bola sepak sendiri, Subadron Football Academy (SFA).

4. Khairul Fahmi Che Mat

DC
Khairul Fahmi bersama isterinya Lieuney.

Khairul Fahmi atau lebih dikenali Apek pernah menjadi watak penting dalam skuad negara dengan membantu menjulang nama di peringan Asean. Penjaga gol kelahiran Kelantan yang berusia 30 tahun ini masih menjadi pilihan untuk skuad Harimau Malaya dan kini beraksi dengan Melaka United. Apek menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2012 dengan bekas model yang juara Bintang Kecil, Lieuney Natasha.

5. Azlisham Ibrahim

Bekas penjaga gol ‘hot’ satu ketika dulu menamatkan zaman kegemilangannya bersama Wan Khatijah Wan Othman yang pernah mencipta nama sebagai pemenang Dewi Remaja 1995/1996. Biarpun sudah lama bersara sebagai pemain, Azlisham yang kini berusia 46 tahun masih aktif di belakang tabir sukan bola sepak.

6. Safiq Rahim

Safiq bersama keluarganya. Foto kredit: Zendra 

Safiq,32, antara pemain bola sepak negara yang paling berjaya dengan mencatat pelbagai trofi sepanjang bergelar pemain kariernya, lebih-lebih lagi ketika bersama Johor Darul Ta’zim. Musim 2019 Safiq berhijrah ke Melaka United dan masih menjadi pemain penting. Dia menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2014 bersama pemain boling terkenal tanah air Zandra Aziela Ibrahimi Hakimi dan kini mempunyai dua orang cahaya mata lelaki.

7. Mahali Jasuli

Mahali menyambut kelahiran bayi keduanya pada Jun lalu. Foto kredit: Instagram Mahali

Pemain pinjaman PKNS dari JDT berusia 30 tahun ini merupakan antara pertahanan terbaik negara ketika bersama skuad kebangsaan. Mahali antara produk Sekolah Sukan Bukit Jalil sebelum menempa nama dalam skuad Harimau Malaya. Dia menamatkan beberapa gosip panas dikaitkan dengan artis Tasha Shilla apabila menamatkan zaman bujang bersama model tudung Haliesah Rusman pada 2015. Kini mereka bahagia dengan dua orang cahaya mata.

8. Norhisham Ismail

Bekas pemain Negeri Sembilan Norhisham Ismail antara pemain bola sepak tempatan yang menjadi tumpuan peminat-peminat bola sepak tanah apabila berkhawin dengan pelakon, pelawaj terkenal Didie Alias pada tahun 2009. Hasil daripada perkahwinan tersebut, mereka turut dikurniakan cahaya mata.

9. Haziq Nadzli

Haziq dan Eyra mengikat tali pertunangan Disember lalu.

Penjaga gol muda negara berusia 20 tahun ini memulakan fasa baharu dalam hidupnya apabila mengikat tali pertunangan dengan pelakon drama terkenal Eyra Hazali,19 pada Disember 2018. Mereka berdua dianggap pasangan muda romantik yang sentiasa menyokong karier masing-masing. Pemain kelahiran Selangor ini juga merupakan penjaga gol skuad Bawah 23 Tahun negara.

10. Azman Adnan

Azman (kiri) masih meneruskan kerjayanya dalam bola sepak sebagai jurulatih Tun Razak FC.

Penyerang era 80-an yang terkenal ini memulakan karier profesionalnya bersama Kuala Lumpur (1982-1992). Dia antara pemain yang selalu menjadi sebutan di dalam dan juga diluar padang. Bekas pemain kebangsaan ini melengkapkan 75 kap negara dengan 49 gol keseluruhannya. Azman,47, turut menjadi tumpuan sebelum ini apabila menamatkan zaman bujangnya dengan penyanyi dan pelakon Haleeda atau nama sebenarnya Halida Mazlin Badaruddin pada Januari 1995. Namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada 2003. Azman yang kini meneruskan mintanya dalam bola sepak sebagai jurulatih berkahwin kali kedua dengan bekas penyanyi kumpulan terkenal Feminin, As pada tahun 2004.


Pemain, Bola Sepak, Kahwin, Artis

Artikel Berikut

Artikel Lain