suria

Safawi mahu 2019 'clean' kontroversi cinta

Safawi menjalani latihan bersama skuad JDT. Foto kredit: Johor Southern Tigers

PEMAIN Paling Bernilai (MVP) 2018 Safawi Rasid mahu memastikan musim ini 'bersih' daripada sebarang kontroversi hubungan cinta.

Penyerang muda kelahiran Dungun, Terengganu berusia 22 tahun ini berkata, dia hanya mahu menggandakan fokus kepada kariernya yang dianggap penuh saingan musim ini.

"Kalau boleh saya tidak mahu lagi perkara atau isu hubungan cinta atau gosip dikaitkan dengan saya lagi.

"Saya hanya mahu fokus terhadap kerjaya bersama Johor Darul Ta'zim (JDT) yang memerlukan saya kerja keras untuk berada dalam skuad utama.

"Bab-bab jodoh atau pertemuan saya serahkan kepada Tuhan," ujarnya kepada mStar Online.



Safawi yang bergelar Penyerang Terbaik pada Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) tahun lalu berkata dia juga mahu mengekalkan momentumnya dalam pasukan tahun ini.

"Musim ini saya lebih bersemangat kerana kami akan beraksi dalam  Liga Juara-Juara Asia (ACL) dan semestinya saya perlu fokus dalam setiap sesi latihan.

"Saya ingin membantu JDT sama ada dalam Liga Malaysia dan juga ACL. Ini juga merupakan pentas terbaik buat untuk mengembangkan bakat di peringkat lebih tinggi.

"Dengan adanya jurulatih yang mempunyai strategi dan taktikal yang baik, saya yakin kami akan lebih menyerlah tahun ini," katanya.

Dalam pada itu, Safawi mengakui kehadiran beberapa pemain baharu turut memberi motivasi kepadanya agar tidak selesa dengan apa yang diperolehi.

"Tahun ini kita tahu persaingan di kalangan pemain lebih hebat dengan kehadiran Diogo Luis Santo, Cabrera, Syafiq, Akhyar dan Hazwan yang membuatkan saya perlu menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

"Gabungan semua pemain ini turut meningkatkan semangat untuk sama-sama memberi yang terbaik kepada jurulatih seterusnya keputusan positif ketika perlawanan kelak," jelasnya.

Artikel berkaitan: 

"Ya kami sudah putus, Qody bukan perampas..." - Safawi

Betul Safawi bagi bunga tapi...” – Ruhainies

Penyerang JDT mengaku berkawan dengan Ruhainies



Safawi Rasid

Artikel Berikut

Artikel Lain