suria

“Betul Safawi bagi bunga tapi...” – Ruhainies

Ruhainies ingin tumpu pada karier lakonan dan penerbitan.

PELAKON Ruhainies menegaskan hubungan dia dan pemain bola sepak pasukan Johor Darul Tazim (JDT), Safawi Rashid hanya sekadar kawan dan tidak pernah terfikir untuk ke fasa seterusnya.

Ruhainies, 26, berkata dia hanya mempunyai masa untuk memikirkan karier lakonan dan bidang penerbitan yang baru diceburi.

"Saya ingin tegaskan yang hubungan kami sememangkan tidak lebih daripada kawan. Saya mengenali dia melalui pembantu peribadi saya.

ARTIKEL BERKAITAN: Penyerang JDT mengaku berkawan dengan Ruhainies


Ruhainies akui beberapa kali menerima jambangan bunga daripada Safawi.

"Memang betul dia ada hantar bunga tapi sejujurnya hubungan kami setakat itu sahaja. Tak pernah terfikir nak lebih daripada itu.

"Tambahan pula sekarang ini saya sibuk dengan lakonan dan baru berjinak-jinak dalam dunia penerbitan," kata Ruhainies kepada mStar Online.

Menerusi laporan mStar Online pada Selasa, Safawi mengakui sedang berkawan dengan pelakon drama bersiri Tak Ada Cinta Sepertimu itu.

Bagaimanapun, ada segelintir netizen menganggap mereka sedang menjalinkan hubungan cinta.

Tambah Ruhainies, dia berharap gosip tersebut tidak mengganggu prestasi Safawi dalam perlawanan bola sepak.

Ruhainies.

"Saya bimbang juga kalau gosip itu mengganggu prestasi dia. Tapi saya harap dia tidak ambil kisah dan buat yang terbaik dalam setiap perlawanan," ujarnya.

Sebelum ini, pemain kebangsaan berusia 21 tahun itu pernah digosipkan dengan Wany Kayrie dan Sweet Qismina.

Dalam pada itu, adik kepada pelakon Risteena Munim ini turut berkongsi ciri-ciri lelaki idamannya.

"Kalau boleh saya nak lelaki yang pendiam, matang dalam berfikir, memahami cara kerja saya dan tidak terlalu mudah bergaul dengan wanita lain," katanya.

Ruhainies, Safawi Rashid

Artikel Sebelum

Artikel Lain