suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Maghribi tetap sujud syukur walaupun tewas, kalah di padang tetapi menang pada hati peminat

Maghribi bersujud syukur, berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong mereka.

"BIARPUN tewas selalu bersyukur kepadaNya. Jika berjaya Alhamdulillah, tidak berjaya juga Alhamdulillah."

Ciapan itu ditulis pada oleh sebuah akaun di Twitter atas kekalahan pasukan Maghribi menentang Perancis.

Disebabkan kekalahan itu, pasukan Maghribi kehilangan peluang untuk mara ke peringkat akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

Namun, walaupun tewas 2-0 di Stadium Bayt, pasukan Maghribi bersujud syukur, berdoa dan mengucapkan terima kasih kepada penyokong mereka selepas kalah dengan pasukan Perancis.

Momen paling indah itu memperlihatkan sisi ‘kemenangan’ yang menyentuh hati ramai.

Maghribi adalah menjadi pasukan benua Afrika pertama mara ke separuh akhir Piala Dunia 2022 dan ‘menghidupkan semula’ semangat bola sepak.

Warga maya rata-rata tersentuh melihat pasukan Maghribi melakukan sujud syukur di padang selepas tamat perlawanan.

Artikel Lain