suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pepe tetap teruskan permainan walaupun tangan patah ketika menentang Maghribi

Hasrat Pepe menjulang Piala Dunia tidak kesampaian.

PEMAIN veteran Portugal, Pepe tetap meneruskan permainan walaupun mengalami kecederaan tangan ketika menentang Maghribi dalam pusingan suku akhir Piala Dunia.

Pemain berumur 39 tahun itu menggalas tanggungjawab sebagai kapten pasukan apabila Cristiano Ronaldo ditinggalkan di bangku simpanan.

Bagaimanapun Maghribi membuat kejutan dengan menewaskan Portugal 1-0 untuk menjadikan mereka negara Afrika pertama yang mara ke pusingan separuh akhir.

Menambah garam pada luka, Portugal FA mengesahkan Pepe bermain dengan kecederaan tangan sepanjang perlawanan itu.

Pepe selepas perlawanan mendapatkan rawatan lanjut di hospital Doha untuk kecederaannya itu.

Seperti Ronaldo, Piala Dunia 2022 dijangka akan menjadi Piala Dunia terakhir untuk Pepe. - The Sun

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain