suria

Resepi kejayaan Maghribi, pemain minta restu dan doa ibu sebelum perlawanan

Pemain Maghribi sering mengutamakan ibu sebelum apa-apa yang lain.

MAGHRIBI walaupun tidak besar pada nama, tetapi perjalanan mereka dalam edisi Piala Dunia 2022 adalah sesuatu yang menginspirasikan.

Mereka mengungguli Kumpulan F di tangga pertama walaupun harus bersaing dengan negara elit dunia bola sepak seperti Belgium dan Croatia.

Maghribi berjaya mengumpul tujuh mata di peringkat kumpulan dengan dua kemenangan dan satu seri tanpa mencatat sebarang kekalahan.

Seterusnya di pusingan 16, Maghribi menundukkan gergasi bola sepak yang digeruni ramai, Sepanyol melalui penentuan penalti.

ARTIKEL BERKAITAN: [V] Pemain Maghribi sujud syukur, penyokong alunkan nasyid selepas berjaya jinakkan Portugal

Di pusingan suku akhir, mereka sekali lagi membuktikan yang mereka bukannya bernasib baik dengan menyingkirkan Portugal.

Oleh itu, persoalannya di sini, apakah 'ramuan' yang diiikhtiarkan Maghribi sehingga boleh memperoleh kejayaan gilang-gemilang seperti ini?

Satu hantaran di Facebook oleh pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung mungkin mempunyai jawapannya, doa dari seorang ibu.

"Jikalau pasukan lain menang kebiasaannya mereka akan raikan bersama penyokong atau WAGs (pasangan perempuan) mereka.

Pemain Maghribi meraikan kemenangan dengan ibu tercinta.

"Namun jikalau sahabat perasaan, beberapa pemain serta jurulatih mereka akan meraikan bersama ibu mereka! Allahuakbar.

"Mereka tidak sesekali merasa malu untuk memeluk dan mencium ibu mereka sebagai tanda terima kasih di atas doa serta sokongan mereka.

"Nabi mengajar kita bahawa keutamaan seorang ibu adalah 3 kali lebih utama berbanding seorang ayah," katanya.

Jurulatih Maghribi bersama ibunya.

Laporan berita luar negara juga memetik bahawa jurulatih Maghribi sendiri meminta pemain membawa ibu masing-masing ke stadium.

Ini kerana kehadiran ibu akan memberikan 'aura' yang mendorong pemain bermain dengan sehabis baik.

Maghribi akan menentang Perancis di peringkat separuh akhir, Khamis depan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain