suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Malaysia layak ke Piala Asia, tewaskan Bangladesh 4-1

Pemain Harimau Malaya Dion Cools menanduk bola ke gawang gol pasukan Bangladesh. foto Benama

DIKEMASKINI

SKUAD Harimau Malaya layak ke Piala Asia 2023 secara merit selepas menewaskan Bangladesh dengan 4-1 pada aksi terakhir kelayakan Kumpulan E di Stadium Nasional Bukit Jalil, Selasa malam.

Ia sekali gus menamatkan kemarau lebih 40 tahun untuk layak ke pentas Piala Asia secara merit.

Kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Keempat-empat gol skuad Harimau Malaya, masing-masing dijaringkan oleh Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok.

Malaysia berjaya menamatkan aksi Kumpulan E di tempat kedua dengan enam mata, berada di belakang Bahrain, sekali gus mengesahkan kemaraan ke Piala Asia 2023, selaku antara lima naib juara terbaik kumpulan.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain