suria

Tabiat pelik Ronaldo jengket kaki ketika bergambar dikritik

Tabiat pelik Ronaldo suka berjengket ketika bergambar menjadi bualan para penyokong.

TABIAT pelik Cristiano Ronaldo yang suka berjengket ketika bergambar menjadi kritikan dalam kalangan penyokong.

Ia berlaku selepas bintang Manchester United itu sekali lagi mengulanginya sebelum perlawanan Liga Negara-Negara Portugal menentang Republik Czech.

Dengan ketinggian enam kaki dua inci, Ronaldo membiasakan diri dengan berjengket setiap kali sesi fotografi pra-perlawanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Pulih daripada sakit, Ronaldo kembali jalani latihan

Pemain itu sekali lagi mengangkat tumitnya pada Khamis lalu, sehingga menjadi bualan para penyokongnya.

"Saya masih tidak dapat terima hakikat bahawa seorang lelaki berusia lewat 30-an berjengket untuk bergambar bersama pasukan supaya kelihatan lebih tinggi," sindir seorang penyokong.

"Lelaki ini mempunyai beberapa masalah psikologi yang mendalam," kata yang lain.

"Kenapa dia buat macam ni? Sangat pelik," tambah seorang lagi.

"Dia hanya mahu menjadi lebih tinggi daripada mereka yang lain di dalam gambar," demikian antara komen-komen penyokong. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain