suria

Ditarik tajaan! Bekas pelari pecut tuntut pampasan kemalangan, akui kehidupan berubah

James patah dua tulang kaki. Foto Mirror.co

BEKAS pelari pecut Olimpik London berusaha mendapatkan pampasan bagi membina semula kehidupannya selepas cedera dalam kemalangan motosikal di Tenerife, pada Januari 2017.

Ketika kejadian, James Ellington merupakan penumpang motosikal yang ditunggang oleh rakan atlet Nigel Levine.

ARTIKEL BERKAITAN: Tewas pusingan kedua Terbuka Perancis! Emma Raducanu hadapi tekanan selepas tukar jurulatih

Ekoran kemalangan itu beberapa tulang di kedua-dua kakinya patah selain kecederaan parah pada soket mata, pelvis dan buku lali.

Kecederaan itu menyebabkan James, 36, tidak dapat bersaing dalam olahraga selama beberapa tahun dan mengakibatkan penajaan ditamatkan.

Kini, James menuntut pampasan daripada syarikat insurans motor Sepanyol selepas ia mengaku bertanggungjawab atas kecederaan akibat kemalangan motosikal itu.

Menurut James, dia tidak menyangka bahawa kehidupannya berubah sekelip mata disebabkan kemalangan tersebut.

"Saya terpaksa berhadapan dengan tahun-tahun yang sangat sukar walaupun bernasib baik kerana masih hidup.

"Jika bukan kerana perlanggaran itu saya yakin saya akan terus beraksi di peringkat tertinggi dan akan terus mewakili negara dalam kejohanan utama," luahnya.

Syarikat insurans motor, yang melindungi pelari pecut British Nigel Levine, mengakui labiliti beberapa hari sebelum perbicaraan Mahkamah Tinggi.

Untuk rekod, James merupakan pelari bagi acara 100 meter dan 200 meter yang memenangi pingat emas dua kali dalam acara lari berganti-ganti dengan Great Britain pada Kejohanan Eropah 2014 dan 2016. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain