suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ramai gadis jadi ‘stalker’ di kampus, pemain golf jelita terpaksa padam IG untuk elak gangguan

Dia mengimbas kisah itu menerusi episod terbaharu podcast 'Playing a Round' baru-baru ini. Foto: Getty.

BINTANG golf Paige Spiranac tampil bercerita mengenai episod hitam yang dilalui ketika dia masih bergelar pelajar, suatu masa lalu.

Menurut atlet jelita dari Amerika itu, dia terpaksa menukar nama dan menutup akaun media sosial selepas menjadi mangsa intipan dan gangguan oleh beberapa individu.

Ujar wanita berusia 29 tahun itu, dia diganggu oleh sekumpulan gadis secara dalam talian ketika berada di kolej sehingga terpaksa memadam akaun Instagram.

"Saya diintip dan diganggu. Ia benar-benar teruk, mereka mengintip saya di kampus sehingga terpaksa memadamkan Instagram saya.

"Saya memadamkan akaun itu dan kemudiannya menggunakan nama tengah saya supaya mereka tidak dapat mencari saya.

"Saya jaga privasi dan hanya berkongsi video golf kerana tiada siapa yang boleh mempersendakan video golf.

"Kemudian apabila saya makin cemerlang dalam sukan ini, saya tidak tahu sama ada untuk menggunakan nama Paige Renee kerana saya bermain golf sebagai Paige Spiranac," imbasnya.

Dia mengimbas kisah itu menerusi episod terbaharu podcast 'Playing a Round' dan menjelaskan mengapa dia kini menggunakan nama Paige Renee di platform media sosial.

Personaliti golf itu kini menggunakan nama Paige Renee di Instagram dan telah mengumpul 3.3 juta pengikut. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain