suria

Adreian Payne maut ditembak, polis masih siasat motif pembunuhan

Payne amat disayangi rakan dan jurulatihnya. Foto Icon Sport via Getty Image

BEKAS pemain NBA Adreian Payne ditembak mati di Orlando, Florida.

Motif pembunuhan mangsa yang berusia 31 tahun itu bagaimanapun belum diketahui walaupun penembaknya sudah ditangkap.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri pemain Paraguay maut ditembak di konsert

Pihak polis menerima panggilan kecemasan tentang tembakan tersebut kira-kira jam 6 pagi pada hari Isnin.

Ketika ditemui, Payne dalam keadaan parah manakala penembak yang dikenal pasti sebagai Lawrence Dority kekal berada di tempat kejadian.

Pihak berkuasa kemudian membawa Dority ke ibu pejabat detektif untuk siasatan lanjut.

Terdahulu, beberapa upacara penghormatan telah diadakan untuk mengenang bekas bintang NBA tersebut termasuk dari Ketua Jurulatih Universiti Negeri Michigan Tom Izzo.

Dalam satu kenyataan, Izzo berkata dia amat terkejut dengan berita tragis kematian Adreian Payne.

"Doa kami bersama keluarga, rakan sepasukan dan orang tersayang. Payne disayangi oleh rakan sepasukan dan jurulatihnya, yang menghormati perkembangannya sebagai pemain," ujarnya ringkas. - Mirror.co

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain