suria

Kakak Ronaldo setuju idea tinggalkan Man United, layak dapat pasukan lebih baik

Aveiro (kiri) bersama Ronaldo. foto instagram katiaaveiroficial

KAKAK kepada Cristiano Ronaldo, mencetuskan spekulasi mengenai masa depan pemain itu dengan mencadangkan supaya meninggalkan kelab Manchester United, pada musim panas ini.

Kisah Ronaldo kembali ke Old Trafford tidak berjalan seperti yang diharapkan, apabila kelab itu gagal melayakkan ke Liga Juara-Juara musim depan.

Walaupun pada masa ini menyatakan bahawa Ronaldo akan kekal sebagai pemain United musim depan, namun terdapat spekulasi mengenai masa depannya berikutan timbul keraguan sama ada dia akan berada dalam rancangan pengurus baharu, Erik ten Hag.

Sebagai tindak balas kepada posting penyokong yang mencadangkan supaya Ronaldo harus meninggalkan kelab untuk meningkatkan peluangnya memenangi trofi pada tahun-tahun terakhir kerjayanya, kakaknya, Katia Aveiro dilihat turut menyokong idea tersebut.

Menerusi satu catatan di laman Instagram penyokong pemain kelahiran Portugal itu, @cr7.o_lendario, ia berkata: "Sangat menyedihkan melihat Cristiano Ronaldo dalam situasi ini bersama pasukan Manchester United. Kini kita tiada tempat dalam Liga Juara-Juara.

"Cristiano tidak perlu berada (kekal) sebagai bukti cinta kepada kelab, bukti terbesarnya ialah dia kembali ke Manchester United setelah menerima juga tawaran daripada Manchester City yang jelas dengan barisan skuad dan jurulatih yang bagus.

"Cristiano perlu memikirkan tentang Cristiano sekarang. Manchester United masih akan bertahan seribu tahun lagi.

"Tapi Cristiano, anda mempunyai empat, lima tahun lagi dalam kerjaya anda. Cari pasukan yang lebih baik sekarang kerana anda berhak mendapatnya dan kerana anda masih mempunyai banyak (trofi) bola sepak untuk dimenangi," katanya.

Aveiro, yang merupakan penyanyi Portugal dan mempunyai 1.2 juta pengikut di Instagram, bersetuju dengan idea tersebut apabila menyukai (like) pada posting berkenaan. - Mail Online

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Berkaitan

Artikel Lain