suria

6 paramedik selamatkan Eriksen dijemput tonton final Euro 2020

Eriksen bersama isteri dan enam paramedik yang menyelamatkannya dijemput untuk menyaksikan final Euro 2020. -gambar fail foto Reuters

CHRISTIAN Eriksen, isterinya dan enam paramedik yang menyelamatkan nyawanya diundang oleh UEFA ke final Euro 2020 di Wembley, pada Ahad.

Ejen Eriksen berkata, pemain Denmark itu merasakan dirinya membawa semangat negaranya dalam saingan Euro 2020, apabila beliau pergi ke stadium yang diketahuinya.

Eriksen mengalami serangan jantung di padang dalam perlawanan pembukaan kumpulan ketika menentang Finland.

Bercakap kepada Sportsmail, ejen Eriksen, Martin Schoots berkata: "Christian masih merasa menjadi sebahagian daripada kumpulan ini. Denmark adalah sebuah negara kecil, ikatan antara pemain sangat erat."

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Tiada pengesahan mengenai sama ada Eriksen akan berada di London, namun keenam-enam paramedik telah menerima jemputan tersebut.

Salah seorang daripada mereka, Peder Ersgaard, mengakui menerima penghormatan itu apabila mendapat undangan VIP daripada Presiden UEFA, Aleksander Ceferin.

"Saya teruja, seperti kanak-kanak pada malam Krismas," katanya kepada majalah Fagbladet FOA. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain