suria

Ejen Ronaldo minta Juventus lanjutkan kontrak

Ejen Ronaldo dilaporkan meminta perjanjian pemain itu di Juventus dilanjutkan. foto Reuters

EJEN Cristiano Ronaldo dilaporkan meminta Juventus untuk melanjutkan perjanjian bintang itu hingga 2023.

Ronaldo menjadi sasaran spekulasi perpindahan yang tegang berikutan kempen yang mengecewakan apabila kelab gergasi Itali itu melepaskan peluang dalam Serie A dan tersingkir dari Liga Juara-Juara pada peringkat pusingan 16 akhir.

Selain tu, terdapat juga laporan mengenai bintang berusia 36 tahun itu 'dipinggirkan' oleh rakan-rakan sepasukannya di Juventus.

Pemain kelahiran Portugal itu di bawah kontrak di Stadium Allianz hingga 2022.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Keadaan itu tidak menghalang Ronaldo terus dikaitkan dengan spekulasi mengenai kepulangannya ke Manchester United pada musim panas.

Bagaimanapun, menurut media Itali, Gazzetta dello Sport, ejen Ronaldo, Jorge Mendes menggesa Juventus untuk memanjangkan perjanjian penyerang itu hingga 2023.

Tindakan ejen Ronaldo itu sekali gus mengakhiri desas-desus mengenai perpindahan pemain itu. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain