suria

Covid-19: Bayern Munich ramal kerugian sekitar RM739.7 juta

Allianz Arena, stadium milik kelab Bayern Munich di Munich, Bavaria.

BAYERN Munich berkata pandemik Covid-19 menyebabkan kelab tersebut bakal menanggung kerugian sekitar 150 juta Euro (RM739.7 juta) membabitkan keuntungan perlawanan.

Hanya ratusan peminat dibenarkan hadir pada aksi terakhir mereka musim lalu, iaitu perlawanan tunggal Bayern di Allianz Arena di mana penonton dibenarkan hadir sejak pandemik Covid-19 'menyerang' Jerman pada Mac 2020.

Presiden Bayern, Herbert Hainer mengesahkan ramalan kerugian itu selepas banyak perlawanan diadakan secara tertutup.

Bagaimanapun dia menegaskan bahawa 'cita-cita mereka langusng tidak berkurang'.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Musim baharu Bundesliga bermula 13 Ogos dan Bayern berharap langkah ketat berkaitan kesihatan di Bavaria akan membenarkan sejumlah kecil peminat menyaksikan perlawanan pertama di gelanggang sendiri berdepan Cologne pada 21 Ogos.

Pengerusi baharu kelab dan CEO, Oliver Kahn berkata mereka mahukan peminat kembali ke stadium secepat mungkin 'tetapi keselamatan menjadi keutamaan'.

Kahn turun menyatakan sasaran musim depan adalah untuk memenangi kejuaraan Bundesliga buat kali ke-10 berturut-turut. - Timesofindia

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain