suria

Ramos setuju kontrak PSG selepas tolak tawaran 2 kelab EPL

Sergio Ramos dilaporkan menerima tawaran kontrak dua tahun daripada PSG. foto Reuters

SERGIO Ramos dilaporkan menerima kontrak dua tahun daripada Paris Saint-Germain setelah menolak dua tawaran kelab Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pemain pertahanan berusia 35 tahun itu merupakan ejen bebas setelah meninggalkan Real Madrid, bulan lalu.

Ia berikutan kelab Sepanyol itu enggan memenuhi permintaan dalam kontraknya.

Menurut laporan RMC Sport, Ramos bagaimanapun kelihatan bersedia untuk bergabung dengan pasukan Mauricio Pochettino.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Media Perancis melaporkan pemain itu berada di Paris untuk memuktamadkan perjanjian.

Beberapa laporan mendakwa Ramos menolak tawaran daripada dua kelab EPL untuk bergabung dengan PSG, walaupun ditawarkan bayaran jauh lebih tinggi oleh salah satu pasukan.

Pemain pertahanan tersebut dijangka memuktamadkan perjanjian selepas menjalani pemeriksaan perubatan, dalam beberapa hari lagi. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Sergio Ramos, PSG, kelab EPL, Real Madrid,

Artikel Lain