suria

Euro 2020: Penyokong England dilarang ke Itali, elak kemunculan gelombang baharu Covid-19

Stadium Olimpik di Rom, tempat berlangsungnya pertermbungan antara England dan Ukraine pada aksi suku akhir Euro 2020, Ahad ini.

PENYOKONG England diberi amaran bahawa mereka tidak akan dibenarkan memasuki Itali bagi menyaksikan pertembungan suku akhir Euro 2020, Ahad ini.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh kedutaan Itali di London pada Khamis menyatakan 'mereka yang pernah berada di United Kingdom dalam tempoh 14 hari sebelumnya, tanpa mengira status warganegara atau penduduk tetap, tidak akan dimasukkan ke stadium walaupun mereka mempunyai tiket'.

Pegawai Kementerian Kesihatan Itali, Andrea Costa berkata:"Peraturan adalah jelas dan terang. Penyokong England tidak dibenarkan berkunjung ke Itali"

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Peraturan lima hari kuarantin perlu dipatuhi melainkan mereka tiba sebelum 28 Jun dan melengkapkan kuarantin,"katanya.

Itali antara negara yang teruk dilanda pandemik Covid-19 sebelum ini.

Justeru pihak berkuasa mengambil langkah tegas bagi memastikan tiada lagi kemunculan gelombang wabak yang baharu di negara tersebut.

England akan menentang Ukraine pada aksi suku akhir Euro 2020 di Stadium Olimpik Rom pada Ahad ini. - News.sky.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain