suria

Euro 2020: Gelagat Beckham, Ed Sheeran jadi perhatian ketika tonton aksi England

Beckham dan Ed Sheeran berbual mesra ketika sama-sama menyaksikan Euro 2020 pada Selasa.

DAVID Beckham dan penyanyi, Ed Sheeran hadir memberikan sokongan kepada England ketika aksi menentang Jerman dalam Euro 2020, pada Selasa.

Mereka turut dilihat duduk bersama-sama di Royal Box, Stadium Wembley sambil berbual mesra.

Kedua-duanya dilihat berbual mesra sambil tertawa selepas perlawanan berakhir dengan England berjaya membenam Jerman 2-0.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Telatah mesra kedua-dua selebriti ini yang dirakam lensa kamera membuatkan netizen meneka mengenai perkara yang dibualkan.

Beckham yang juga bekas kapten England ditemani anak lelakinya Romeo, 18, dan mengenakan sut formal.

Sementara Ed Sheeran ditemani isteri, Cherry Seaborn dan dilihat tampil santai dengan berseluar jeans, t-shirt vintaj England dan berjaket. - Metro.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Euro 2020, David Beckham, Ed Sheeran

Artikel Lain