suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

McGregor tayang kereta Lamborghini, titip pesanan istimewa buat keluarga

Dia turut berkongsi foto itu bersama lebih 40 juta pengikutnya di Instagram.

KERETA mewah dalam kalangan atlet terkenal bukanlah satu perkara asing.

Begitu juga kisahnya dengan bintang seni bela diri campuran (MMA) Conor McGregor.

Dia baru-baru ini tampil bersama sebuah Lamborghini berharga £220, 000 (RM1.26 juta).

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Malah, dia turut berkongsi foto itu bersama lebih 40 juta pengikutnya di Instagram.

"Saya akan kembali beberapa minggu lagi sayang. Katakan pada anak-anak, saya sayang mereka," tulisnya pada kapsyen.

Kata-kata itu ditujukan buat tunangnya, Dee Devlin yang kini berada di Dubai bersama tiga anak mereka.

McGregor kini berada di California.

Dia membuat penampilan itu ketika dalam fasa persiapan untuk pertempuran seterusnya dengan Dustin Poirier yang dijangka berlangsung pada bulan depan. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain