suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Cucu Muhammad Ali bakal buat penampilan sulung dalam tinju profesional

Nico Ali Walsh (kiri) bakal mengikut jejak langkah datuknya, Allahyarham Muhammad Ali. foto Mirror

CUCU kepada legenda tinju dunia, Allahyarham Muhammad Ali bakal membuat penampilan sulung dalam bidang tinju profesional menerusi saingan middleweight, 14 Ogos depan.

Pemuda berusia 20 tahun itu, Nico Ali Walsh merupakan anak lelaki kepada Rasheda Ali Walsh, iaitu anak perempuan Muhammad Ali.

Dia telah menandatangani perjanjian bagi pelbagai perlawanan, namun saingannya masih belum didedahkan.

Ali Walsh kini menyambung legasi dengan ramai pengikut sukan tinju mengidolakan datuknya.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Muhammad Ali yang terkenal dengan panggilan 'The Greatest' meninggal dunia pada 2016.

Allahyarham telah menyertai 61 perlawanan profeional, dengan 56 kemenangan dan hanya tewas sebanyak lima kali.

Walaupun ramai masih belum yakin Ali Walsh dapat menjadi sehebat datuknya, namun anak muda itu teruja untuk masuk ke gelanggang bagi membuktikan kemampuannya. - Mirror

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain