suria

Kapten Scotland padam video di Instagram selepas rakan sepasukan positif Covid-19

Video yang dikongsikan Andy Robertson di akaun Instagramnya dipadamkan selepas Billy Gilmour disahkan positif Covid-19.

KAPTEN Scotland, Andy Robertson memadamkan satu video yang menunjukkan rakan sepasukan, Billy Gilmour, dari akaun Instagram miliknya selepas rakannya itu disahkan positif Covid-19.

Persatuan Bola Sepak (FA) Scotland telah mengesahkan Gilmour yang juga bintang Chelsea menjalani kuarantin selama 10 hari dan tidak akan menyertai perlawanan Euro 2020.

Ini bermakna pemain berusia 20 itu akan terlepas dalam perlawanan Kumpulan D menentang Croatia termasuk pusingan 16 terakhir saingan Euro 2020 antara 27 dan 29 Jun.

Susulan kebimbangan Gilmour akan menjangkiti skuad Scotland dan England, Robertson segera memadamkan satu video yang menunjukkan jarak dekat bersama pemain tengah itu.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Kapten pasukan Scotland itu berkongsi video di Instagram story bersama rakan sepasukan dan pemain Aston Villa, John McGinn sedang bermain tenis di hotel kelab.

Menerusi video tersebut, Gilmour kelihatan sedang berlari di kawasan sekitar dengan dua lagi pemain Scotland sedang ketawa melihat aksi itu.

Bagaimanapun, video berkenaan dipadamkan dari laman sosial sebaik Gilmour disahkan positif Covid-19.

Menurut laporan Mail Online, bintang Chelsea itu tidak mempunyai 'kontak rapat' dengan skuad berkenaan dan keputusan ujian Covid-19 mereka yang lain disahkan negatif. - Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain