suria

Antara atlet terlaris, Ronaldo dibayar RM845 juta jadi duta Nike

Nike membayar sebanyak £147 juta (RM845 juta) untuk melantik Ronaldo sebagai dutanya.

MENJADI bintang sukan bertaraf antarabangsa, Cristiano Ronaldo adalah antara individu yang paling laris dalam pasaran dunia.

Disebabkan itu, jenama terkenal Nike sanggup membayar bintang Juventus tersebut sebanyak £147 juta (RM845 juta) sebagai dutanya, demikian menurut kontrak yang dibocorkan.

Kapten Portugal berusia 36 tahun itu telah menyarung pakaian sukan jenama Nike sejak dia bersama Manchester United lagi.

Ronaldo dilaporkan menerima £14.7 juta (RM84.5 juta) setiap tahun selepas menandatangani kontrak 10 tahun pada September 2016 antara Nike dan Polaris Sports Limited yang memiliki hak pemasaran antarabangsa pemain itu.

Seperti yang didedahkan oleh Football Leaks, itu hanyalah kadar asas, di mana bonus seperti memenangi Ballon d'Or dan pendapatannya daripada Nike adalah lebih tinggi.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Difahamkan, dia dibayar £18.3 juta (RM105 juta) pada 2016 dan 2017 termasuklah bonus £3.6 juta (RM20 juta) selepas menjadi pemain terbaik dunia.

Ronaldo dianggap sebagai atlet yang menerima bayaran tertinggi daripada Nike, mendahului atlet lain seperti Neymar, LeBron James, Tiger Woods dan Rafael Nadal.

Sementara itu, bagi gaji sebagai pemain bola sepak pula, Ronaldo dipercayai memperoleh £850, 000 (RM4.8 juta) seminggu di Juventus iaitu £44 juta (RM253 juta) setahun. - Thesun.co.uk

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain