suria

Cubaan pecah rekod dunia bertukar tragedi, biker maut ketika lakukan aksi lompatan bahaya

Harvill mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.

PELAKU aksi stunt popular yang juga seorang pelumba, Alex Harvill maut dalam kejadian kemalangan pada Khamis lalu.

Berusia 28 tahun, dia mengalami kemalangan ketika melakukan aksi lompatan bahaya di Moses Lake Airshow di Washington, Amerika Syarikat.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Dia pada waktu itu melakukan aksi berkenaan dalam percubaan untuk mencipta rekod baharu dalam Rekod Dunia Guiness.

Menurut laporan, dia mengalami kecederaan parah akibat kejadian itu.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika dia sedang membuat lompatan percubaan. - Daily Star.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Berkaitan

Artikel Lain