suria

Penjaga gol Poland kantoi hisap rokok beberapa jam sebelum perlawanan

Szczesny dikesan menghisap rokok beberapa jam sebelum perlawanan Euro 2020. foto BGFK/ SplashNews.com

PENJAGA gol Poland, Wojciech Szczesny kantoi menghisap rokok hanya beberapa jam sebelum perlawanan Euro 2020 menentang Sepanyol.

Pasukan bimbingan pengurus Paulo Sousa mengikat seri 1-1 menentang La Roja pada Sabtu malam, setelah pada awalnya ketinggalan satu gol di belakang ketika Alvaro Morata lakukan jaringan pembukaan pada 25 minit pertama.

Ia merupakan titik penting bagi Poland, bagi mempertahankan mereka dengan peluang untuk lolos ke peringkat kalah mati menjelang aksi final peringkat kumpulan Rabu malam.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Hanya beberapa jam sebelum perlawanan itu, Szczesny dikesan menghisap sebatang rokok ketika beliau meninggalkan hotel tempat pasukan itu menginap di Sopot.

Kejadian berlaku ketika pemain-pemain Poland bersedia untuk berlepas ke Seville untuk perlawanan Euro 2020 bagi menentang pasukan Luis Enrique.

Beliau yang juga penjaga gol Juventus itu dapat dilihat membawa sebungkus rokok di luar bas pasukan.

Bagaimanapun, tabiat merokok buat sesuatu yang baru bagi Szczesny, malah pernah melakukannya ketika bermain di Emirates.

Menurut laporan The Sun, beliau dikenakan denda £20, 000 (RM114, 354) kerana didapati merokok ketika itu.- Daily Star

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain