suria

Terlalu teruja, penyokong England terjatuh ketika dapatkan jersi Grealish

Seorang penyokong England terjatuh ketika cuba mendapatkan jersi pemain Jack Grealish. foto Getty Images

BINTANG England, Raheem Sterling, Luke Shaw dan Jack Grealish bertindak untuk memberikan jersi pasukan mereka kepada para penyokong, Selasa malam.

Keadaan itu mengakibatkan seorang penyokong terjatuh kerana terlalu teruja untuk mendapatkan jersi berkenaan.

Pasukan bimbingan Gareth Southgate itu berada pada kedudukan teratas Kumpulan D dalam kejohanan Euro 2020, memperoleh tiga mata di Wembley menerusi permainan menentang Republik Czech.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Ketiga-tiga pemain berkenaan melemparkan jersi mereka selepas perlawanan ke arah penonton.

Dalam kejadian itu, seorang penyokong, Jordan Halford, 31, gagawal mengimbangi badannya ketika cuba mendapatkan jersi Grealish.

Kapten Aston Villa yang membantu Sterling melakukan jaringan, melemparkan jersi England nombor tujuh dan Halford cuba mendapatkannya sebelum terjatuh mengenai bahagian barisan kerusi yang ditutup.

Dia bagaimanapun gembira apabila berjaya mendapatkan jersi salah seorang bintang England, pada hari berkenaan. - Mail Online

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!