suria

300 penyokong Finland positif Covid-19 selepas pulang menonton Euro 2020

Dilaporkan 300 penyokong Finland yang menonton aksi Euro 2020 di St Petersburg, dijangkiti Covid-19.

PIHAK berkuasa kesihatan Finland pada Isnin mengarahkan penyokong bola sepak yang baru pulang dari menyaksikan Kejuaraan Eropah (Euro 2020) di Saint Petersburg agar membuat ujian saringan.

Ia berikutan 300 daripada mereka disahkan positif Covid-19.

Minggu lalu, Perdana Menteri, Sanna Marin dan pegawai kesihatan awam memberi amaran berikutan staf ujian negara itu di sempadan Russia dikejutkan dengan kehadiran lebih 3,000 penyokong yang pulang selepas Finland tersingkir daripada Euro 2020 selepas tewas kepada Belgium.

Kira-kira 800 lagi penyokong yang pulang menaiki bas dibenarkan masuk ke negara itu tanpa melalui ujian kesihatan dan arahan kuarantin rasmi.

"Seramai 300 orang dikesan positif selepas pulang dari St Petersburg," kata badan kesihatan awam negara itu dalam satu kenyataan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Badan itu juga mencadangkan penyokong menjalani kuarantin sekurang-kurangnya 72 jam sehinggalah mendapat keputusan negatif.

St Petersburg, satu daripada bandar tuan rumah Euro 2020, paling teruk merekodkan jangkitan virus varian Delta.

Pada Isnin, Datuk Bandar Helsinki, Mayor Jan Vapaavuori memberitahu sidang media, harapan untuk menarik balik sekatan terpaksa ditangguhkan kerana menjangkakan peningkatan jangkitan daripada kejohanan itu.

"Terlalu banyak jangkitan. Situasi sekarang jauh berbeza dengan seminggu lalu," kata Vapaavuori. - Timesofindia.indiatimes.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Artikel Lain