suria

Kroos umum persaraan daripada skuad Jerman

Kroos mengumumkan persaraannya menerusi ciapan di Twitter.

PEMAIN tengah Jerman, Toni Kroos mengumumkan persaraannya dari pentas antarabangsa, hanya beberapa hari selepas pasukannya disingkirkan oleh England di Euro 2020.

"Saya beraksi 106 kali untuk Jerman. Tidak akan ada lagi selepas ini," tulis bintang berusia 31 tahun itu menerusi ciapan di Twitter.

"Saya sudah lama memikirkan untuk bersara selepas kejohanan ini. Ia semakin jelas kepada saya yang saya tidak akan bersama di Piala Dunia 2022 di Qatar,"ujarnya.

Kroos berkata dia merancang untuk memberi tumpuan penuh kepada kariernya bersama Real Madrid tahun depan.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Saya juga ingin memberi lebih tumpuan kepada tugas sebagai suami dan bapa kepada isteri dan anak saya,"katanya lagi.

Merakamkan terima kasih kepada penyokong dan pengkritik, Kroos turut menzahirkan penghargaannya kepada pengendali Jerman, Joachim Loew.

Loew berundur daripada tugasnya selepas aksi menentang England Selasa lalu, selepas 15 tahun mengemudi skuad Jerman. - Sports.ndtv.com

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Toni Kroos, Jerman, Real Madrid

Artikel Lain