suria

Chong Wei tetap semangat laksana tugas sebagai Chef De Mission walaupun dari tanah air

Walaupun tidak dapat bersama kontinjen Malaysia, Chong Wei tetap optimisi untuk memantau secara maya.

LEGENDA badminton negara Datuk Lee Chong Wei kekal optimis peranannya sebagai Ketua Kontinjen (CDM) walaupun tidak dapat bersama-sama kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Beliau percaya walaupun harus berkomunikasi dengan pegawai dan atlet dengan hanya melakukan pemantauan secara atas talian, namun Chong Wei yakin dan akan bertanggungjawab untuk membantu kontinjen negara dengan melakukan yang terbaik.

ARTIKEL BERKAITAN : 6 paramedik selamatkan Eriksen dijemput tonton final Euro 2020

Keputusan yang dibuat adalah berdasarkan faktor kesihatan dan atas nasihat doktor yang tidak membenarkannya untuk ke luar negara.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

Setiausaha Agong MOM, Datuk Mohd Nazifuddin Najib akan mengguruskan kontinjen di Tokyo sepanjang tempoh Chong Wei memantau prestasi atlet secara maya sepanjang kejohanan berlangsung.

"Saya tidak rasa ia menjadi satu masalah buat saya untuk menjalankan tanggungjawab secara virtual.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

"Sekarang kita hidup di dalam dunia yang berbeza, pemimpin-pemimpin negara turut menjalani mensyuarat secara maya", katanya. -The Star

negara, chong wei, dunia, tokyo, olimpik, sukan

Artikel Lain