suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Permintaan ditolak, Zinedine Zidane mungkin tinggalkan Real Madrid

Zidane mempertimbangkan kedudukannya sebagai pengurus selepas permintaannya ditolak oleh Florentino Perez. FOTO: Getty Images.

GERGASI bola sepak Sepanyol, Real Madrid bakal kehilangan pengurusnya, Zinedine Zidane selepas permintaan untuk menyerap Paul Pogba sebagai pemain kelab itu ditolak.

Menurut laporan media Perancis, Zidane mempertimbangkan kedudukannya sebagai pengurus selepas permintaan itu ditolak oleh Florentino Perez.

Malah, hubungan Zidane dengan presiden kelab berkenaan juga dikatakan bermasalah susulan permintaan yang tidak dipenuhi itu.

Bagaimanapun, pengurusan rasmi Real Madrid belum mengeluarkan sebarang keputusan rasmi mengenai hal itu.

Untuk rekod, spekulasi mengenai hasrat Zidane itu sudah mula diperkatakan sejak Ogos tahun lalu.

Zidane sebelum ini meluahkan rasa kecewa selepas janji yang dibuat presiden kelab itu gagal dipenuhi. - Daily Star.

Zinedine Zidane, Paul Pogba

Artikel Lain