Pihak penyelamat dedah temui mayat-mayat mangsa nahas helikopter Kobe Bryant - Sukan | mStar

Pihak penyelamat dedah temui mayat-mayat mangsa nahas helikopter Kobe Bryant

Pihak berkuasa dan penyelamat mula menemui mayat-mayat mangsa nahas helikopter.

MAYAT-mayat nahas helikoter yang dinaiki legenda bola keranjang dunia Kobe Bryant.

Bekas pemain LA Lakers itu maut dalam nahas helikopter yang berlaku di Calabasas, California pagi Ahad lalu.

Turut maut adalah anak perempuan kedua Bryant yang berusia 13 tahun, Gianna.

Bryant bersama Gianna serta enam lagi penumpang dan seorang juruterbang dalam perjalanan ke Staple Centre bagi latihan pasukan anaknya itu.

ARTIKEL BERKAITANJurulatih besbol dan keluarga dikenalpasti turut maut bersama Kobe dan anak

Juruterbang berpengalaman, Ara Zaboyan mendapat kelulusan untuk terbangkan helikopter Sikorsky S-76B sebelum ia terbakar dan terhempas.

Helikopter yang dinaiki Bryant terhempas Ahad lalu.

Menurut LA County Sherif, Alex Villanueva, masa diperlukan untuk mencari mayat-mayat mangsa memandangkan keadaan permukaan yang tidak rata.

"Koroner mula menemui mayat sejak semalam dan meneruskan proses pencarian untuk beberapa hari lagi.

"Keadaan permukaan dan berbukit-bukit.  Malah mereka perlu menggunakan jentera berat untuk menjadikan laluan bagi ke lokasi. Jadi ia sangat sukar," jelasnya.

Dilaporkan, helikopter tersebut terbakar di udara sebelum terhempas sebaik sahaja Zaboyan meminta kebenaran pegawai udara untuk naik ke 1400 kaki kerana kabus tebal.

Bryant bersama keluarganya. 

Helikopter tersebut turut dilaporkan tidak mempunyai kotak hitam.

Turut maut dalam insiden tersebut adalah John Altobelli, isterinya Keri serta anak mereka, Alyssa yang merupakan rakan sepasukan bola keranjang bersama Gianna, pembantu jurulatih pasukan perempuan Christina Mauser, Payton Chester dan ibunya Sarah Chester. - metro.co.uk

KObe Bryant , Bola Keranjang , Maut , Helikopter

Artikel Sebelum

EduCity lancar fasiliti sukan terbaharu

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain