suria

Jurulatih besbol dan keluarga dikenalpasti turut maut bersama Kobe dan anak

Sembilan dilaporkan maut termasuk Kobe dan anaknya (gambar atas kanan) dalam nahas helikopter pada Ahad. Turut terkorban jurulatih besbol dan isterinya serta anak perempuannya.

SELAIN legenda bola keranjang, Kobe Bryant dan anaknya Gianna maut dalam nahas helikopter, pihak berkuasa turut mendedahkan nama empat lagi mangsa kejadian.

Jurulatih besbol kelab Orange Coast College (OCC), John Altobelli,56, bersama anak perempuannya Alyssa Altobelli dan isterinya Keri Altobelli antara penumpang yang berada di dalam helikopter Sikorsky S-76 yang terhempas di Calabasas pada pagi Ahad.

Pengesahan tersebut dibuat oleh adiknya Tony Altobelli.

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak zahir kesedihan susulan kematian Kobe, kongsi tribute di laman sosial

Seorang lagi mangsa yang maut adalah Christina Mauser yang merupakan pembantu jurulatih bola keranjang remaja perempuan di sebuah sekolah swasta di Orange County.

Pembantu jurulatih bola keranjang remaja perempuan, Christina (kiri) turut terkorban.

Menurut pembantu jurulatih OCC Ron La Ruffa kepada CNN, Gianna dan Alyssa merupakan rakan sepasukan di Akademi Mamba dan dalam penerbangan dari Orange County ke Thousand Oaks untuk menyertai satu perlawanan.

Dalam pada itu, dilaporkan helikopter yang dinaiki itu mengalami masalah sebelum terhempas.

Dipercayai helikopter tersebut membawa sembilan orang termasuk juruterbang yang dilaporkan turut maut. - mirror.co.uk

Kobe Bryant, Gianna, Tony, Helikopter, Maut

Artikel Lain