suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Klopp akui kemenangan ke atas Man United antara yang terbaik

Klopp ouas hati dengan kemenangan 2-0 ke atas Manchester United.

PENGURUS Liverpool mengakui kemenangan ke atas Manchester United adalah yang terbaik musim ini.

The Reds mencatat kemenangan 2-0 ke atas anak buah Ole Gunnar Solskjaer menerusi dua jaringan daripada kapten Virgil van Dijk dan Mohamed Salah.

"Ia merupakan perlawanan yang hebat, antara salah satu yang terbaik buat kami.

"Sangat dominan sepanjang masa perlawanan. Saya tidak suka pada babak pertama, minit lima atau tujuh terakhir. Tiada apa yang berlaku, cuma kami tidak menguasai sepenuhnya seperti sebelum itu," jelasnya selepas perlawanan.

Dalam pada itu, penyokong-penyokong Liverpool kelihatan teruja dan gembira ketika perlawanan berlangsung dan terus menyanyikan lagu kelab.

"Jika penyokong-penyokong kamu tidak berada dalam mood yang elok, mungkin keadaan kelihatan pelik.

"Sudah tentu mereka dibenarkan menyanyi, bermimpi atau apa sahaja yang mereka mahu, asalkan mereka jalankan tugas mereka seperti kami beraksi. Semuanya baik.

"Kami belum lagi menjadi sebahagian daripada mereka untuk berparti setakat ini, tetapi ia bukan masalah... kami tahu tugas kami," katanya. -onefootball.com

Artikel Lain