suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alex Ferguson jumpa Koulibaly tapi United gagal penuhi harga bidaan ditetapkan Napoli

Kalidou Koulibaly.

LEGENDA Manchester United Sir Alex Ferguson bertemu dengan bintang Napoli, Kalidou Koulibaly pada musim panas lalu untuk berbincang mengenai perpindahannya ke Old Trafford.

Bintang Sinegal itu berada dalam radar United sejak beberapa tahun lalu.

United menandatangani khimat Harry Maguire bernilai 80 juta pound sterling pada musim panas lalu, menjadikannya pemain pertahanan termahal sepanjang masa.

Namun media Itali mendakwa Koulibaly merupakan pilihan pertama United dan Ferguson turut dihantar untuk berunding dengan pemain pertahanan itu.

Ferguson mahu United memuktamadkan perpindahan Koulibaly tetapi kelab itu gagal memenuhi bidaan ditetapkan Napoli.

Ia memaksa United beralih kepada Maguire dan bintang England itu dinamakan sebagai kapten kelab selepas pemergian Ashley Young ke Inter Milan.

Namun United kini berpeluang mendapatkan semula khidmat Koulibaly selepas Napoli menurunkan harga bidaan terhadap pemain itu.

Harga yang diterima Napoli adalah sekitar 65 juta pound sterling tetapi United perlu bersaing dengan Real Madrid dan Paris Saint-Germain yang turut berminat terhadap Koulibaly. - Metro.co.uk

Artikel Lain