suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Young tinggalkan Old Trafford selepas 9 tahun

Young akhirnya meninggalkan Old Trafford selepas sembilan tahun.

ASHLEY Young bersetuju untuk meninggalkan Manchester United dan menyertai Inter Milan.

Pemain berusaha 34 tahun itu kecewa dengan United apabila enggan membenarnya pindah ketika jendela perpindahan pemain sebelum ini.

Bagaimana pun, Inter berjaya memujuk United untuk menjual Young dengan yuran 1.8 juta paun dan bercadang menggunakan pemain ini di bahagian tengah.

Young dilaporkan telah berada di Hospital Humanitas Research pada Jumaat pagi untuk membuat pemeriksaan kesihatan.

Sepanjang sembilan tahun berada di Old Trafford, Young mencatat 261 penampilan bersama Red Devils, menyumbang 19 gol dan menjuarai sembilan trofi.

Difahamkan kontrak Young bersama United bakal berakhir Jun 2020, dan menolak tawaran Manchester United bagi mencari cabaran baharu.

Pemain kebangsaan England ini dijangka bakal bersaing dengan Spinazzola untuk menjadi pilihan utama bahagian pertahanan dalam skuad Antonio Conte. - Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Lain