suria

Demba Ba sifatkan Mane lebih layak dapat Anugerah Ballon d'Or, bukan Messi

Mane dikatakan lebih layak merangkul Anugerah Ballon d'Or pada kali ini kerana prestasinya yang mengkagumkan. Foto: Goal/Getty

BEKAS penyerang Chelsea, Demba Ba merasakan rakan senegaranya yang juga bintang Senegal, Sadio Mane lebih layak menjadi pemenang Anugerah Ballon d'Or berbanding Lionel Messi.

Menurut Ba, Mane yang juga penyerang sayap Liverpool merupakan bintang yang lebih berharga.

Ujarnya, pengundian Ballon d'Or pada 2019 sentiasa tidak adil apabila memihak kepada bintang Barcelona itu.

Mane menghidupkan kempen 2018-2019 yang mengkagumkan apabila membantu Liverpool menamatkan 2019 dengan tiga piala antarabangsa.

Mane menjadi nadi penting Liverpool dalam aksi kebangkitan luar biasa berhadapan dengan Barcelona di Anfield ketika Liverpool bermain tanpa Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Mane juga baru-baru ini dinobat sebagai Pemain Terbaik Afrika 2019.

Ini merupakan kali pertama Mane dinobat Pemain Terbaik Afrika, selepas menewaskan rakan sepasukan Mohamed Salah dan bintang Manchester City, Riyad Mahrez.- Goal.com

Sadio Mane, Lionel Messi, Ballon d'Or

Artikel Lain