suria

Gagal di Ballon d'Or, Ronaldo mungkin pecah 5 rekod baharu pada tahun 2020

Ronaldo dijangka meneruskan kemaraannya pada tahun 2020.

GAGAL memenangi sebarang anugerah Ballon d'Or pada tahun ini tidak bermakna Cristiano Ronaldo sudah hilang bisanya.

Malah, pemain sensasi itu dijangka memecahkan lima rekod pada tahun hadapan.

Antaranya, rekod penjaring gol terbaik sepanjang zaman

Rekod itu dipegang oleh pemain Iran, Ali Daei dengan 109 jaringan antarabangsa.

Ronaldo berada di tangga kedua dengan 99 gol.

Namun, tidak mustahil untuk dia melonjak ke tangga pertama.

Antara rekod lain yang boleh dirangkul olehnya termasuklah penjaring terbaik sepanjang zaman untuk Kejuaraan Eropah dan gol paling banyak dalam semua musim Liga Juara-Juara UEFA.

Dua lagi rekod yang boleh dicapai, hatrik terbanyak Liga Juara-Juara UEFA dan pemain pertama mengungguli EPL, La Liga dan Siri A.- Fox Sport Asia.

Cristiano Ronaldo, rekod, UEFA

Artikel Lain