suria

219 kanak-kanak temui sinar baharu, Ozil mahu taja 1,000 lagi pembedahan pada tahun 2020

Ozil sudah menaja 219 pembedahan setakat ini.

SELEPAS menaja 219 kanak-kanak kurang bernasib baik untuk menjalani pelbagai pembedahan, pemain Arsenal Mesut Ozil berjanji untuk menaja 1,000 lagi kanak-kanak lain.

Ozil, 31, berkata, usaha murni itu dibuat bagi menunaikan hasrat yang dipendam sejak perkahwinannya berlangsung pada musim panas lalu.

Selain pengumuman itu, Ozil turut mengucapkan terima kasih kepada tetamu majlis kahwinnya yang memberi derma untuk projek berkenaan.

Malah, peminat Ozil di seluruh dunia turut ikut serta dalam program kebajikan itu.

"Ini baru permulaan. Ayuh kita tunggu pada 2020 dan bantu kanak-kanak yang memerlukan," ujarnya.

Projek ini merupakan kerjasama antara Ozil dnegan pasukan kebajikan BigShoe.

Ozil semamangnya diketahui ramai sering memberi sokongan buat BigShoe sejak lima tahun lalu. - The Sun.

Mesut Ozil, Arsenal, BigShoe

Artikel Lain