suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibrahimovic ikut Ancelotti perkuat Everton?

Rundingan antara Everton dengan Ibrahimovic sedang giat dilakukan.

ZLATAN Ibrahimovic sedang mempertimbangkan tawaran untuk mengikut jejak langkah Carlo Ancelotti ke Everton.

Pemain kelahiran Sweden itu masih belum terikat dengan mana-mana kelab selepas kontraknya bersama LA Galaxy berakhir bulan lalu.

Namun pemain berusia 38 tahun itu sukar menolak permintaan Ancelotti yang mahu bekerjasama dengannya di Goodison Park.

Ancelotti akan dilantik sebagai pengurus Toffees pada Khamis selepas bersetuju dengan tawaran gaji bernilai 11.5 juta pound sterling setahun.

Malah Ancelotti menyuarakan hasrat untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic bagi memperkukuhkan jentera serangan pasukan itu.

Menurut laporan media Itali, AC Milan masih berminat untuk mendapatkan khidmat Ibrahimovic.

Namun AC Milan tidak dapat memenuhi tawaran gaji yang ditawarkan Everton kepada pemain itu.

Ibrahimovic yang pernah menjaringkan 29 gol dalam 53 penampilan untuk Manchester United dilihat berada di Beverley Hills ketika rundingan perpindahan ke Everton masih giat dilakukan. - The Sun

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain