suria

Manchester United sedia pujuk Pogba

Pogba rancang menukar haluan ke Real Madrid.

MANCHESTER United dilapor cuba memujuk Paul Pogba untuk terus berada di Old Trafford.

Pogba dilaporkan bersedia untuk meninggalkan kelab itu bagi mencari cabaran baharu Julai lalu, dikaitkan berminat ke Real Madrid.

Bagaimana pun Madrid tidak membuat sebarang bidaan untuk pemain antarabangsa Perancis ini sehinggalah jendela perpindahan ditutup.

Susulan daripada itu, United bersedia untuk memberi kontrak baharu kepada pemain berusia 26 tahun ini.

Pogba akan melalui kontrak terakhirnya tamat musim ini namun United bersedia memberi lanjutan selama 12 bulan.

United juga dikatakan berdepan dengan cabaran untuk memujuk Pogba  kekal Old Trafford selepas ejen Mino Raiola dan abangnya Mathias masih sangsi dengan masa depannya.

Selasa lalu, Mathias memberita jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane  amat meminati pemain tengah United ini.

Mathias yang bermain untuk kelab divisyen keempat Sepanyol, Manchego  memberitahu Radio Marca: "Zidane mahukan pemain-pemain, tetapi dia tidak dapat. Namun saya tidak ragu-ragu bahawa dia akan berbuat sesuatu untuk mendapatkan mereka kembali ke tahap yang dimahukan.

"Saya suka Zidane dan dia suka adik saya...semua orang tahu." -Dailymail.co.uk

Paul Pogba, Manchester United

Artikel Lain