suria

Selepas tuduhan rogol, Ronaldo kini hanya percaya 4 individu sahaja

Ronaldo membuat pendedahan itu sewaktu temubual bersama Piers Morgan baru-baru ini.

TEMPIAS tuduhan rogol ke atas dirinya, pemain sensasi Cristiano Ronaldo kini cukup berhati-hati.

Kata Ronaldo, dia kini hanya memberi kepercayaan penuh kepada empat individu sahaja dalam hidupnya.

Dia membuat pendedahan itu sewaktu temubual bersama Piers Morgan baru-baru ini.

"Saya tak akan dedahkan nama, sebab saya rasa ia tidak adil pula.

"Tapi saya boleh kata, ada empat individu, saya percaya 100 peratus.

"Saya mungkin ada keluarga dan kenalan rapat, tapi empat orang itu sahaja yang saya percaya sepenuhnya," ujar Ronaldo lagi.

Sebelum ini, seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) Kathryn Mayorga, mengambil tindakan undang-undang, dengan mendakwa Ronaldo telah merogolnya di sebuah bilik di hotel di Las Vegas, AS pada 2009. - The Sun.

Cristiano Ronaldo, rogol, kepercayaan

Artikel Lain