Van Der Sar sedia 'pulang' ke Manchester United - Sukan | mStar

Van Der Sar sedia 'pulang' ke Manchester United

Van Der Sar sedia kembali ke Old Trafford jika diberi peluang.

EDWIN van der Sar sedia untuk kembali ke Manchester United sebaik sahaja tempoh bersama Ajax berakhir.

Pegawai eksekutif kelab juara Eredivisie berusia 48 tahun itu membuka mulut mengenai peluang apabila United akhirnya melantik pengarah teknikal.

Van Der Sar mengakui dia amat komited bersama Ajax tetapi dalam masa sama sedia menerima cabaran baharu dan berhasrat untuk mengambil peranan berbeza di kelab.

"Anda tidak tahu. Pada ketika ini Ajax adalah fokus utama dan meletakkan seluruh masa serta usaha dan apa jua yang berlaku di masa depan...kita akan lihat.

"Saya fikir ia idea dan peluang yang baik untuk lebih berkembang dan belajar.

"Itulah yang anda buat sebagai pemain bola sepak.

"Di Ajax, kami berusaha keras dan memastikan kami berbeza dengan kelab-kelab yang lain dengan meletakkan tahap tertinggi bola sepak Eropah," jelas bekas penjaga gol United ini.

Bekas pemain Belanda ini merupakan antara penjaga gol legenda di United dengan gelaran 'The Jolly Green Giant'.

Sebagai rekod, Van Der Sar bersama United dari musim 2005 hingga 2011.-Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain