suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Osaka pecat jurulatih kedua dalam tempoh tujuh bulan

Osaka kecewa dengan aksi pada Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu.

JUARA dua kali Grand Slam, Naomi Osaka sekali lagi memecat jurulatihnya Jermaine Jenkins selepas keputusan hambar pada aksi Terbuka Amerika Syarikat minggu lalu.

Jenkins dipecat selepas tujuh bulan menggantikan tempat Sascha Bajin.

Jenkins sebelum ini merupakan rakan latihan Venus Williams menggantikan Bajin yang dipecat Osaka Februari lalu sebaik sahaja Terbuka Australia berakhir.

"Saya sangat bertuah dengan dengan masa yang kami habiskan bersama dan banyak benda yang dipelajari di dalam dalam di luar gelanggang.

"Tetapi kini saya sudah tiba masa untuk berubah," ujar pemain kelahiran Jepun berusia 24 tahun ini di laman Twitternya.

Menjadi pilihan di Flushing Meadows, bekas pemain No.1 dunia ini terpaksa berdepan dengan situasi sengit apabila mengalami masalah kecederaan buku lali sebelum dikecewakan Belinda Bencic 'straight set' dalam pusingan keempat.

Osaka meneruskan musim sukar selepas menjulang trofi Grand Slam kedua di Melbourne Park apabila tersingkir daripada Terbuka Perancis dan Wimbledon. -Reuters /The Star

Naomi Osaka, Jepun, pecat, Jenkins

Artikel Lain