suria

"Asalkan atlet, akan cuba dibantu" - Megat Shahriman ziarah pesilat koma

Ain (kanan) ketika pemilihan atlet Sukma Pulau Pinang tahun lalu.

PENDERITAAN pesilat muda kebangsaan, Ainbatrisyia Amran yang kini masih koma mendapat perhatian seorang ahli perniagaan yang tampil untuk membantu meringankan beban keluarganya.

Pengarah Urusan Fox Marketing Sendirian Berhad, Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharuddin memberitahu, beliau akan cuba membantu sesiapa sahaja dalam industri sukan ini.

"Saya tidak berkira, sebab sesiapa sahaja kita harus bantu dan mengambil berat antara satu sama lain.

Artikel berkaitanAtlet silat wanita koma, lebih 2 minggu ibu bapa terpaksa 'menumpang' di hospital

"Tidak kira atlet negeri atau atlet negara, terkenal atau tidak kita duduk dalam satu komuniti sukan.

"Kita sokong antara satu sama lain," jelasnya yang melawat Ain di Hospital Ampang pada Isnin.

Megat berkata, ia adalah sumbangan ikhlas daripada untuk membantu keluarga atlet itu.

"Diharap dengan sedikit pertolongan itu, ia boleh meringankan beban keluarga atlet," jelasnya yang juga merupakan Presiden Persatuan Kanu Malaysia.

Artikel berkaitan: Atlet koma, jurulatih silat MSNPP lancar derma kilat bantu Ain

Sementara itu ibu kepada atlet tersebut, Noorida Ismail,42, memberitahu, pada Isnin anaknya itu sudah menunjukkan sedikit perubahan.

"Dia belum lagi sedar tetapi semalam, ada sedikit pergerakan di kakinya. Sekurang-kurangnya ia menunjukkan perubahan positif.

"Terima kasih kepada yang terus mendoakan anak saya dan turut memberi sumbangan," ujarnya ringkas.

Atlet silat gayong berusia 18 tahun itu mengalami kekejangan otot ketika sedang berehat selepas menjalani latihan bagi persiapan kejohanan peringkat kebangsaan 18 Mac lalu.

Ainbatrisyia, silat, koma

Artikel Lain