Ronaldo buat Georgina bergenang air mata - Sukan | mStar

Ronaldo buat Georgina bergenang air mata

JARINGAN hatrik Cristiano Ronaldo pada aksi Liga Juara-Juara menyingkirkan Atletico Madrid 3-2 secara agregat membuatkan pasangannya Georgina Rodriguez bergenang air mata.

Bintang Portugal itu yang kini dalam pembikinan merangkul trofi Liga Juara-Juara kali keempat berturut-turut menjaringkan hatrik untuk membantu Juventus merapatkan jurang gol pada aksi timbal balik di Turin itu.

Pada aksi pertama, skuad kendalian Massimiliano Allegri tewas 2-0.

Georgina kelihatan teruja dan mengalir air mata emosi kegembiraan selepas bekas pemain Real Madrid itu menyumbat gol ketiga pada minit-86.

Ronaldo sumbat tiga gol singkirkan Atletico Madrid.

Anak sulung pemain itu, Cristiano Junior turut dirakam meraikan kegembiraan apabila melihat bapanya mencipta hatrik.

Selepas perlawanan, Georgina memuat naik status di Instagram meluahkan kegembiraan dengan pencapaian teman lelakinya itu.

"3-0 tiada siapa yang curinya. Kamu layak, bukan hanya untuk tiga gol malam ini.

"Kamu layak kerana dedikasi, apa yang kamu dapat di kelab. Kamu adalah treler kepada rakan-rakan sepasukan, jurulatih dan semua orang yang mengagumi serta menyokong setiap hari.

Cristiano Junior menjerit kegembiraan melihat bapanya menjaringkan hatrik.

"Karma wujud. Tuhan tahu, Tuhan berikannya kepada kamu kerana dunia bola sepak adalah milik kamu. Kami sayang kamu. Cristianito, Mateo, Eva, Alana, Georgina.

"Kemenangan itu menyaksikan Juventus mara ke suku akhir berdepan dengan bekas kelab Ronaldo, Manchester United.

Sebelum ini Atletico menjadi pilihan untuk mara ke aksi seterusnya selepas menang bergaya 2-0 di Madrid, tetapi dikecewakan dengan prestasi Ronaldo yang luar biasa.-dailymail.co.uk

Artikel Berkaitan

Artikel Lain