suria

Gareth Bale hampir sertai Manchester United

Foto AP

DAVID MOYES mendedahkan dia hampir menandatangani Gareth Bale ketika berkhidmat di Manchester United pada 2013.

Moyes dilantik sebagai pengurus United selepas Sir Alex Ferguson bersara, tetapi hanya bertahan selama 10 bulan sebelum dipecat apabila kedudukan kelab itu akhirnya merosot ke tempat ketujuh.

Mengulas tentang hayat kerjayanya yang pendek di Old Trafford, Moyes mendedahkan dia berharap dapat membawa Bale ke United, tetapi gagal menjadikan perpindahan bintang Wales itu sebagai kenyataan.

"Saya mahu dia menjadi pemain pertama yang saya tandatangani di Manchester United," katanya kepada eirSport.

"Kami hampir berjaya dan dapat bercakap dengan dia, tetapi dia sudah nekad untuk menyertai Real Madrid. Kami tidak dapat mengubah fikirannya.

"Ia adalah kekecewaan besar kerana saya melihatnya sebagai sejenis pemain Manchester United.

Moyes berjaya mengikat kontrak utama dengan pemain tengah Belgium, Marouane Fellaini yang tiba dari kelab lamanya Everton pada harga £27.5 juta (RM147.3 juta).

Bale telah memenangi empat gelaran Liga Juara-Juara dan satu gelaran La Liga dalam tempoh enam musim dia di Santiago Bernabeu.

Pemain itu juga menjaringkan 101 gol dalam 218 penampilan. - Sky Sports

Gareth Bale, David Moyes

Artikel Lain