suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lembaga pengarah United setuju nak gantikan Lukaku dengan Dybala

Lukaku. - Foto Reuters

SEJAK kebelakangan ini, bintang Manchester United Romelu Lukaku dijangkakan akan meninggalkan kelab itu walaupun prestasinya dilihat semakin meningkat.

Penyerang Red Devils itu mengalami kesukaran ketika di bawah pimpinan Jose Mourinho tetapi berjaya menjaringkan empat gol dalam dua perlawanan terakhirnya ketika menentang Crystal Palace dan Southampton.

Bagaimanapun, laporan berita mendakwa bintang itu sedang mengintai peluang untuk ke Juventus sekiranya dia memutuskan untuk meninggalkan United.

Dybala. - Foto AP

Sementara itu, portal The Sun mendakwa Red Devils mahu mendapatkan bintang Old Lady, Paula Dybala menjadi pengganti Lukaku jika pemain itu pergi.

Dybala merupakan pemain popular di Juventus dan tiba di Palermo pada 2015.

Tetapi dia bukan lagi anak emas kelab itu sejak Cristiano Ronaldo tiba pada musim panas lalu.

The Sun melaporkan, lembaga pengarah kelab United juga bersetuju bahawa Dybala merupakan calon yang sesuai untuk menggantikan Lukaku. - Express UK

Romelu Lukaku, Paula Dybala

Artikel Lain