suria

Leicester City pecat Puel, Rodgers jadi pilihan

LEICESTER City memecat pengurus Claude Puel selepas tewas 4-1 kepada Crystal Palace.

Kekalahan kepada Crystal Palace itu menyaksikan Leicester merakam tujuh kekalahan daripada sembilan perlawanan.

Kelab kini berada di kedudukan ke-12 liga, hanya kelebihan lapan mata daripada zon penyingkiran.

Skuad Puel itu tidak pernah mencatat sebarang kemenangan sejak tahun baharu ini.

Keputusan pemecatan Puel itu disampaikan oleh pengarah sukan Jon Rudkin pagi Ahad.

Sebelum ini kedudukan Puel dilihat sudah tergugat berikutan kekurangan moral di Belvoir Drive dengan masalah komunikasi, pemilihan dan sesi latihan.

Namun kemenangan ke atas Chelsea dan Manchester City sebelum ini telah menyelamatkan kedudukannya untuk seketika.

Bagaimana pun pengerusi kelab Aiyawatt Srivaddhanaprabha memutuskan perubahan perlu dilakukan segera.

Berdasarkan rekod sebelum ini, pengurus Claudio Ranieri dan Craig Shakespeare turut dipecat selepas gagal meraih sebarang kemenangan dalam enam perlawanan berturut-turut.

Difahamkan, pengendali Celtic, Brendan Rodgers menjadi pilihan untuk  dilantik sebagai pengurus baharu. -Dailymail.co.uk

Claude Puel, Leicester City

Artikel Lain