suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ferguson mahu Solskjaer dilantik jadi pengurus tetap MU dengan segera

Ferguson (kanan) hadir pada sesi latihan skuad Solskjaer.

SIR Alex Ferguson mahu Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap dengan segera.

Solskjaer memberi impak besar kepada pasukan sejak dilantik menjadi pengurus sementara selepas Jose Mourinho dipecat Disember lalu.

Dia berjaya membawa pasukan mencatat 11 kemenangan daripada 13 perlawanan keseluruhan.

Bekas pengurus legenda United itu memberitahu kepada rakan baiknya bahawa kelab patut melantik Solskjaer secara tetap dengan segera berbanding menunggu penghujung musim ini.

Ferguson pernah membimbing Solskjaer satu masa dulu dan dilihat kerap berbincang dengan pengurus kelahiran Norway itu di Old Trafford.

Dia juga selalu dilihat hadir pada sesi latihan bersama Solskjaer.

Ferguson juga gembira dengan sentuhan Solskjaer yang mengembalikan gaya serangan tradisional United.

Malah Ferguson juga bersetuju dengan bekas pemain kelab ini Michael Carrick dan Mark Dempsey menjadi sebahagian daripada pengurusan Solskjaer.-Dailymail.co.uk

Artikel Lain