suria

Messi mendahului Mbappe, Ronaldo dalam perebutan Kasut Emas Eropah

LIONEL MESSI meledak hatrik dalam perlawanan Barcelona menentang Sevilla sekaligus mendahului pesaingnya dalam merebut Kasut Emas Eropah.

Barcelona membelasah Sevilla 4-2 dalam perlawanan liga mereka di Stadium Ramon Sanchez-Pizjuan.

Sevilla berada di depan menerusi jaringan Jesus Navas pada minit ke-22 tetapi ia hanya sementara apabila Lionel Messi menjaringkan gol cemerlang hanya empat minit selepas itu.

Bagaimanapun, Gabriel Mercado memulihkan kedudukan Sevilla pada minit ke-42 dan sekali lagi dibatalkan oleh pemain berusia 31 tahun itu pada babak kedua.

Pemain Argentina itu membawa Blaugrana mendahului permainan pada minit ke-85 sebelum Luis Suarez berjaya mengakhiri kemarau gol melalui jaringan gol keempat Barca pada babak kedua.

Kelab Catalonia itu berada 10 mata di depan Atletico Madrid dalam jadual La Liga.

Pencapaian hatrik tersebut menjadikan jumlah gol Messi kepada 25 dan kini dia berada tiga gol di depan Kylian Mbappe (22 gol), manakala enam gol pula di depan Cristiano Ronaldo (19 gol) dalam perebutan anugerah Kasut Emas Eropah. - Sports Keeda

Lionel Messi

Artikel Lain